Nak untung cepat, wanita warga emas rugi RM236,578

Nak untung cepat, wanita warga emas rugi RM236,578

Nak untung cepat, wanita warga emas rugi RM236,578
Foto hiasan.

MUAR: Padah mengejar keuntungan berlipat ganda, seorang wanita warga emas kerugian lebih RM200,000 akibat terpedaya pelaburan saham tidak wujud.

Suri rumah berusia 70 tahun itu terjebak penipuan itu Januari lalu apabila dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan saham di media sosial yang menawarkan kadar pulangan tinggi dengan segera.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa berurusan dengan seorang pentadbir bagi mendapatkan maklumat, sebelum melabur RM8,000 sebagai modal permulaan dengan keuntungan bergantung harga semasa saham.

“Mangsa kemudian diminta mendaftar melalui aplikasi dimuat turun sebelum berurusan dengan broker saham dilantik.

Pada 25 Mac lalu, beliau berkata mangsa mahu mengeluarkan pulangan pelaburan diterima dalam aplikasi, sebaliknya diarah membuat pembelian saham berikutnya sebelum proses pengeluaran dapat dilakukan.

“Mangsa menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Nak untung cepat, wanita warga emas rugi RM236,578

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker