Intan Suraya siapkan keperluan Aidilfitri ahli keluarga sebelum meninggal dunia
Intan Suraya siapkan keperluan Aidilfitri ahli keluarga sebelum meninggal dunia

SIK: “Arwah cucu sempat membeli segala persiapan Hari Raya seperti baju, kuih dan pelbagai barangan lain untuk semua ahli keluarga dua hari lalu dan tak sangka itu adalah petanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Rokiah Shaari.
Rokiah, 66, adalah nenek kepada Intan Suraya Zaidi, 24, yang maut dalam kemalangan bersama suaminya, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, di Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung, di sini, semalam.
Rokiah tidak menyangka akan kehilangan cucu sulung kesayangannya itu sekelip mata memandangkan dia memelihara Intan Suraya sejak berusia 41 hari.
Beliau berkata, keadaan itu membuatkan Intan Suraya sangat rapat dengannya, walaupun sudah berkahwin sejak Jun tahun lalu.
“Sebelum ini, Intan ada beritahu yang dia hendak belanja ahli keluarga dengan membeli segala kelengkapan Hari Raya Aidilfitri dengan duitnya sendiri seperti kuih, baju raya serta menukar duit raya untuk diberi kepada ahli keluarga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Ini termasuklah adik-adiknya, anak angkat, datuk dan nenek serta ibu bapanya,” katanya ketika ditemui perkarangan Surau Kampung Charuk Pelanduk, di sini hari ini.
Rokiah berkata, arwah cucunya itu juga baru selesai mengecat bilik tidurnya, selain berhasrat mahu menyerahkan bilik itu kepada adik bongsunya, Iman Firdaus Zaidi, 10.
Katanya, apa yang dilakukannya itu rupa-rupanya petanda yang dia akan pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya bersama suami.
“Intan adalah anak sulung daripada tiga beradik dan baru sahaja mengambil anak angkat, Shazwani Abdul Rahman, 12, yang yatim piatu susulan kematian ibunya ketika pandemik COVID-19 pada tahun 2020.
“Dia menjaga Shazwani sejak sesi pembukaan sekolah baru-baru,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rokiah berkata, Intan Suraya turut menyediakan tiga pasang sewaktu sesi bergambar untuk hari raya semalam dan temanya merah hitam, manakala baju berwarna hijau dan biru mint akan dipakai ketika hari raya nanti.
Katanya, namun selepas selesai sesi bergambar, mereka terus ke Kulim dan ketika hendak pulang dan sampai ke rumah lebih kurang satu kilometer sahaja lagi, mereka berdua terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka berdua.
“Namun kami terima dengan ketentuan Allah malah reda dengan ketentuan Ilahi, mereka berdua pergi pada bulan yang baik dan sedang berpuasa.
“Jenazah cucu dan suaminya dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Pelanduk, kira-kira jam 12.30 tengahari tadi,” katanya.
Rokiah berkata, pasangan itu baru saja berkahwin pada Jun tahun lalu dan setakat ini cucunya itu ada tanda-tanda mengandung.
Media semalam melaporkan, sepasang suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung, di sini, semalam.
Pasangan suami isteri itu dipercayai baru selesai mengambil gambar foto Hari Raya Aidilfitri di sebuah studio di Parit Panjang, Baling beberapa sebelum kemalangan berlaku.
Intan Suraya siapkan keperluan Aidilfitri ahli keluarga sebelum meninggal dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.