Emma Maembong – Tak Pandang Status Pun Sebab Tu Saya Berkawan Dengan Semua Orang

Saya Memang Tiada Gred

Emma Maembong – Tak Pandang Status Pun Sebab Tu Saya Berkawan Dengan Semua Orang 

Emma Maembong - Tak Pandang Status Pun Sebab Tu Saya Berkawan Dengan Semua Orang  [VIDEO]

Pelakon terkenal, Emma Maembong menegaskan bahawa dia tidak pernah merendahkan taraf hidupnya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak hanya kerana spekulasi bercinta dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.

‘Saya tetap Fatimah Rohani’

Emma Maembong - Tak Pandang Status Pun Sebab Tu Saya Berkawan Dengan Semua Orang  [VIDEO]

Ketika ditemui OhBulan!, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata dia selesa berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status dan tidak pernah meletakkan sebarang ‘gred’ dalam memilih pasangan hidup.

Orang cakap kenapa saya ‘downgrade’. Mungkin bagi anda sendiri saya yang ‘downgrade’. Apa yang anda kejar dalam dunia ini?

Emma Maembong adalah nama kerja saya. Nama saya tetap Fatimah Rohani, saya tetap seorang wanita yang ingin jadi suri rumah. Kalau anda rasa saya ‘downgrade’ sebab bercinta dengan orang biasa, mungkin hidup anda yang tiada gred.

Pelakon drama Seribu Tahun itu turut menegaskan bahawa sejak dahulu lagi, dia tidak pernah memilih status seseorang sebagai ukuran untuk berkawan atau bercinta.

Saya memang tiada gred dalam hidup saya. Sebab itu saya berkawan dengan semua. Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa.

‘Mungkin selepas ini lagi downgrade daripada itu’

Emma Maembong - Tak Pandang Status Pun Sebab Tu Saya Berkawan Dengan Semua Orang  [VIDEO]

Tambah Emma lagi, dia tidak kisah dengan apa jua tanggapan orang terhadapnya kerana jodoh adalah ketentuan Allah. Baginya, kejujuran dalam perhubungan lebih penting berbanding status dan pangkat.

Saya tak kisah, mungkin selepas ini lagi downgrade daripada itu, kita tak tahu.

Saya serahkan pada Allah sesiapa saja jodoh saya. Saya berserah dan tiada letak sebarang gred. Tetapi ia pilihan masing-masing.

Dari dulu lagi saya memang tiada gred. Saya tak pernah pandang status pun. Saya tak pilih untuk berkawan dengan sesiapa. Saya tak mahu jadi ‘fake’. Saya hanya jadi diri sendiri.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Emma sudah berkahwin dengan DJ Kidd.

Gosip itu berlaku susulan Kidd memuat naik foto mesra bersama aktres itu ketika mereka bercuti di luar negara dengan menulis kapsyen ‘I will the best husband for you’.

Namun, Emma tampil memberi penjelasan bahawa hubungannya dengan DJ Kidd hanya sekadar kawan.

Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.

Emma Maembong – Tak Pandang Status Pun Sebab Tu Saya Berkawan Dengan Semua Orang [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker