Bagaikan mati hidup semula, dua anak selamat dari terkena renjatan elektrik
Bagaikan mati hidup semula, dua anak selamat dari terkena renjatan elektrik

PUTRAJAYA: “Saya bersyukur kepada Allah dan dua anak bagaikan mati hidup semula apabila terselamat selepas terkena renjatan elektrik di kawasan padang Dataran Putrajaya berhampiran Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) Khamis lalu,” kata Siti Nadira Razali.
Nadira ,37 dari Taman Putra Perdana, Puchong berkata dua anaknya, Yahaira Latifah,9 tahun dan Madieena Safiya Mahadzir 3 tahun terkena renjatan elektrik selepas terpegang wayar elektrik ketika berada sebuah kawasan pameran berhampiran padang berkenaan.
Beliau yang juga surirumah berkata, dia dan suami,Mahadzir Rosli,37, datang ke Putrajaya untuk berbuka puasa bersama dua anak dan selepas selesai berbuka mereka masuk ke khemah Jualan Anjung Syawal bersebelahan padang itu untuk membeli barangan keperluan raya.
Menurutnya, mereka keluar dari khemah jualan itu kira-kira jam 12 tengah malam dan datang semula ke padang berkenaan sebelum merancang untuk pulang kerana hari sudah lewat malam.
“Kejadian berlaku sekelip mata dan selepas mendengar jeritan, saya dan suami terus bergegas mendapatkan anak dan ketika itu melihat anak bongsu sudah terbaring di atas padang,” katanya ketika dihubungi
Terdahulu, tular di laman Facebook Nadira memaparkan insiden yang berlaku ke atas dua anaknya di padang Dataran Putrajaya.
Nadira berkata, dalam keadaan panik dia terus mencapai batang kayu dan mengalihkan wayar yang dipegang oleh anak bongsu dan selepas itu anaknya sedar semula.
Bercerita lanjut, dia bersyukur dua anak selamat dan ketika kejadian anak sulong (kakak) juga cuba membantu untuk mengalihkan wayar elektrik berkenaan selepas panik melihat adiknya dalam keadaan kekejangan.
Katanya, dia tidak boleh bayangkan jika anaknya maut akibat kejadian itu lebih-lebih lagi hanya beberapa hari akan menyambut hari raya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
“Selepas kejadian itu, saya dan suami bergegas membawa anak ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan keesokkan harinya membawa kedua anak semula ke hospital selepas mereka mengadu tidak selesa dan timbul kesan kemerahan pada bahagian badan dan tangan,” katanya.
Nadira menambah anak sulong hanya terkena sedikit renjatan manakala anak bongsu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan jari namun kini berada dalam keadaan stabil selepas melakukan pembedahan kecil.
Katanya, anak bongsu akan menjalani pembedahan kali ke dua esok dan berkemungkinan akan membuat prosedur mengambil bahagian kulit peha untuk menampal jari yang melecur.
“Kami bercadang membuat laporan polis supaya pihak yang bertanggungjawab mengambil keselamatan di kawasan awam agar kejadian sama tidak berulang dan menimpa orang awam ,” katanya.
Bagaikan mati hidup semula, dua anak selamat dari terkena renjatan elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.