Penunggang motosikal maut rempuh MPV tiba-tiba keluar simpang
Penunggang motosikal maut rempuh MPV tiba-tiba keluar simpang

MELAKA: Pembantu jualan maut selepas motosikalnya bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang didakwa secara tiba-tiba keluar simpang di Jalan Sungai Putat, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.10 malam, Muhammad Syabil Hakimi Mohamad Subar, 27, tercampak ke atas MPV dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Ayer Keroh menuju ke rumahnya di PPR Sungai Putat.
Di lokasi kejadian, MPV dipandu lelaki 61 tahun tiba-tiba keluar simpang menuju ke arah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
“Akibatnya mangsa yang sedang bergerak lurus tidak dapat mengelak lalu melanggar kenderaan terbabit,” katanya.
Orang ramai ada maklumat boleh membantu siasatan dengan menghubungi 013-9393747 atau balai polis berhampiran.
Penunggang motosikal maut rempuh MPV tiba-tiba keluar simpang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.