Liga Juara-Juara Berbasikal Trek berakhir
Liga Juara-Juara Berbasikal Trek berakhir

London: Liga Juara-Juara Berbasikal Trek yang diperkenalkan empat tahun lalu sebagai revolusi baharu dalam sukan berkenaan secara rasmi ditamatkan, menurut pengumuman Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan rakan media Warner Bros Discovery (WBD) Sports.
Siri perlumbaan yang diperkenalkan dengan format pantas serta elemen hiburan seperti pancaran cahaya dan muzik itu ternyata gagal menarik peminat secara konsisten, sekali gus memaksa pihak penganjur untuk menilai semula strategi promosi sukan ini.
UCI dalam kenyataan memaklumkan bahawa perlumbaan Piala Negara-Negara akan diperkukuhkan dan dijenamakan semula sebagai Piala Dunia Trek bermula 2026, dengan kerjasama WBD dikekalkan untuk tempoh tiga tahun lagi.
“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, kami akan memberi tumpuan kepada liputan Piala Dunia Trek UCI,” kata Presiden UCI, David Lappartient.
“Saya yakin sukan berbasikal trek akan terus berkembang popular menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan seterusnya.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Liga Juara-Juara Berbasikal Trek sebelum ini menampilkan pelumba pecut dan endurance terbaik dunia bersaing dalam beberapa pusingan di bandar utama Eropah seperti Palma, London, Berlin dan Paris antara November hingga Disember.
Pelumba dengan mata tertinggi dalam setiap kategori dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang hadiah wang tunai €25,000 (RM128,000).
Namun, penganjuran liga itu menghadapi cabaran dari segi sambutan penonton di beberapa lokasi, dengan hanya tiga bandar menjadi tuan rumah pada edisi 2024.
Perlumbaan di London antara yang paling mendapat sambutan, tetapi tragedi di pusingan kedua Disember lalu, apabila pelumba Britain Katy Marchant terbabit dalam kemalangan serius, menyebabkan acara selebihnya dibatalkan.
Sebagai ganti, Piala Dunia Trek bakal menampilkan tiga pusingan dengan acara yang merangkumi perlumbaan Olimpik serta acara ‘perlumbaan penyingkiran’ yang semakin digemari peminat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
Siri ini juga akan menjadi sebahagian daripada proses kelayakan ke Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.
UCI kini membuka bidaan kepada mana-mana negara yang berminat untuk menjadi tuan rumah bagi edisi 2026, 2027 dan 2028.
Liga Juara-Juara Berbasikal Trek berakhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.