Diana takkan ‘simpan’ anak, Farid boleh jumpa dan hubungi bila-bila masa
Diana takkan ‘simpan’ anak, Farid boleh jumpa dan hubungi bila-bila masa
Kuala Lumpur: Pelakon, Diana Danielle, 34, sedia menguruskan penjagaan dua anaknya iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10, bersama bekas suami, Farid Kamil, 44.
Diana berkata, dia juga tidak mampu menjaga seorang diri dan tetap memerlukan bantuan daripada bekas suaminya itu.
“Walaupun kami sudah berpisah, tapi saya tak rela jaga anak-anak sendiri. Saya pun tak ada perancangan nak ‘simpan’ anak-anak untuk diri sendiri dan menyusahkan pihak bekas suami.
“Bagi saya, anak-anak perlukan ibu dan ayah mereka. Jadi, kami cuba mudahkan untuk mereka (anak-anak),” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Menurut Diana, keadaan sudah sukar kerana perceraian yang berlaku dan tidak perlulah menyukarkannya lagi untuk penjagaan anak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Alhamdulillah, setakat ini mereka (anak-anak) pun tak ada menunjukkan apa-apa keadaan yang membimbangkan sebab tak ada sekatan panggilan dan juga perjumpaan dengan Farid.
“Jadi, bila-bila masa saja boleh berjumpa dengan bapa mereka (Farid) dan semoga hubungan kami semua lebih erat selepas ini,” katanya.
Ditanya perasaannya dengan keputusan perceraian itu, Diana berkata, dia bersyukur semuanya dapat diselesaikan secara baik pada hari ini sempena Ramadan yang mulia.
“Bulan puasa yang penuh barakah ini, saya mohon semuanya dapat diselesaikan secara baik dan saya ucapkan terima kasih juga kepada Farid kerana memahami situasi dan kini boleh fokus pada masa depan anak-anak.
“Apa yang terbaik pada hari ini adalah apa yang berlaku hari ini,” katanya memaklumkan Farid boleh berjumpa dan bersama anak-anak bila-bila masa tanpa sebarang halangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Dalam pada itu, Farid pula mengakui dia tiada masalah untuk bersama-sama dengan bekas isterinya itu untuk menjaga anak-anak mereka memandangkan segalanya sudah dipersetujui oleh pihak Diana.
“Berkaitan anak, tiada masalah kerana seperti yang dipersetujui, pihak ibu iaitu Diana yang akan menjaga anak-anak dan Alhamdulillah sampai sekarang kita tiada apa apa masalah.
“Saya harap perkara ini (hubungan baik dengan bekas isteri) akan berkekalan, insya-Allah,” katanya.
Konflik rumah tangga antara Farid Kamil dan Diana akhirnya menemui noktah pada hari ini apabila sah bercerai talak satu untuk kali kedua pada pagi tadi.
Lafaz cerai itu dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin.
Diana takkan ‘simpan’ anak, Farid boleh jumpa dan hubungi bila-bila masa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.