Dybala terpaksa berehat panjang
Dybala terpaksa berehat panjang

Rome: Penyerang AS Roma, Paulo Dybala berpotensi terlepas baki musim ini selepas kelab Serie A itu memaklumkan pemain berusia 31 tahun itu akan menjalani pembedahan paha.
Dybala meledak lapan gol dan melakukan empat bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini dengan kali terakhir dia bermain ketika meraih kemenangan 1-0 menentang Cagliari, hujung minggu lalu.
“Paulo Dybala akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari akan datang berikutan kecederaan pada tendon semitendinosus kirinya,” kata Roma dalam satu kenyataan.
“Pemain itu dan kelab bersetuju bahawa ini adalah langkah terbaik untuk pemulihan yang optimum.”
Walaupun Roma tidak memberikan garis masa untuk dia kembali, pembedahan pada tendon semitendinosus biasanya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan pemulihan.
Roma bangkit semula dalam saingan Serie A sejak ketibaan Claudio Ranieri sebagai pengurus pada November, naik dari tangga ke-12 ke kedudukan ketujuh dalam liga ketika mereka berusaha untuk kembali ke saingan Eropah musim depan.
Mereka ketinggalan tiga mata di belakang pasukan tempat kelima Juventus dan empat mata di belakang Bologna di tangga keempat.
Dybala terpaksa berehat panjang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.