Banjir: Tiga PPS dibuka di Johor Bahru, 68 penduduk terjejas

Banjir: Tiga PPS dibuka di Johor Bahru, 68 penduduk terjejas

Banjir: Tiga PPS dibuka di Johor Bahru, 68 penduduk terjejas
Anggota bomba memindahkan penduduk yang terjejas banjir di Johor Bahru susulan hujan berterusan sejak pagi tadi. – Foto ihsan bomba

JOHOR BAHRU: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) mula dibuka di daerah ini susulan banjir yang berlaku akibat hujan berterusan sejak pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata tiga PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Dewan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Kampung Ulu Pandan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang.

Beliau berkata, tiga PPS terbabit mula dibuka jam 9 malam tadi dan setakat ini terdapat 68 mangsa terdiri 20 keluarga ditempatkan di PPS Dewan MBJB Kampung Ulu Pandan, manakala data bagi mangsa di dua lagi PPS sedang dikemas kini.

“PPS Dewan MBJB Kampung Ulu Pandan menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Ulu Pandan dan Kampung Bunga Ros.

Banjir: Tiga PPS dibuka di Johor Bahru, 68 penduduk terjejas
Anggota bomba memindahkan penduduk yang terjejas banjir di Johor Bahru susulan hujan berterusan sejak pagi tadi. – Foto ihsan bomba

“PPS SK Bukit Mutiara pula menempatkan penduduk terjejas banjir dari Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan dan Kampung Pasir Tebrau,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, setakat malam ini Johor Bahru adalah satu-satunya daerah di negeri ini yang terjejas banjir.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir bagi negeri ini, namun terdapat amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah di negeri ini.

Amaran hujan lebat berterusan itu membabitkan daerah ini, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi yang dijangka berlaku sehingga Jumaat ini.

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pajat, juga dijangka sehingga Jumaat ini.

Sungai Pulai di Pontian dan Sungai Skudai di Johor Bahru sudah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya masing-masing 3.2 meter dan 4.29 meter.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


Setakat jam 10 malam tadi, semua daerah di Johor dilaporkan hujan.

Banjir: Tiga PPS dibuka di Johor Bahru, 68 penduduk terjejas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker