Pemilihan PKR: Nik Nazmi tewas kepada Afdlin Shauki

Pemilihan PKR: Nik Nazmi tewas kepada Afdlin Shauki

Pemilihan PKR: Nik Nazmi tewas kepada Afdlin Shauki
(kiri) Nik Nazmi Nik Ahmad. (kanan) Datuk Afdlin Shauki

Kuala Lumpur: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada Pemilihan PKR 2025 apabila kalah kepada pencabarnya, Datuk Afdlin Shauki.

Afdlin, yang juga pelakon dan pengarah filem terkenal, menang setelah memperoleh sebanyak 631 undi pada pemilihan parti itu peringkat Cabang, yang berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini.

Nik Nazmi, yang juga Naib Presiden PKR, meraih 563 undi.

Keputusan itu diumumkan menerusi laman sesawang rasmi Pemilihan PKR 2025 di https://pemilihan.keadilanrakyat.org.

Afdlin menyertai PKR pada 2021 dan pernah mencuba nasib bertanding jawatan itu pada 2022 namun tewas kepada Nik Nazmi, yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Muhammad Ibrahim Hilmy memperoleh 618 undi manakala lawannya, Tukiman Mahat, meraih 557 undi.

Proses pemilihan fasa dua bagi peringkat Cabang itu, yang bermula dari 18 hingga 20 April, membabitkan Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Pemilihan fasa satu, yang berlangsung dari 11 hingga 13 April, pula membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan AMK Pusat (MPAMKP) parti berkenaan akan diadakan pada 24 Mei ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara K.Saraswathy tidak berjaya memenangi jawatan Ketua Cabang Bukit Bintang apabila memperoleh 683 undi berbanding lawannya Anwar Pawan Chik yang mendapat 807 undi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Sebelum ini, Saraswathy yang juga Naib Presiden PKR mengumumkan akan bertanding di kawasan itu dengan mengambil kira pengalamannya selama 26 tahun berkhidmat kepada masyarakat di Bukit Bintang.

Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran juga gagal merebut jawatan Ketua Cabang Batu apabila sekadar meraih 793 undi manakala lawannya peguam Asheeq Ali Sethi Alivi menang dengan 946 undi.

Selain itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan yang bertanding Ketua Cabang Wangsa Maju memperoleh 495 undi dan tewas kepada penyandang Lai Chen Heng dengan 587 undi.

Sebelum ini, Zahir merupakan ketua bahagian Titiwangsa sejak 2015 dan memenangi jawatan ahli Majlis Pimpinan Pusat pada pemilihan PKR 2022 dan dilantik sebagai setiausaha pengelola pusat.

Pemilihan PKR: Nik Nazmi tewas kepada Afdlin Shauki

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker