Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Fasha Sandha – ‘Mood Touching Sebab Rayqal Masih Anggap Auntyibu Sebagai Mommy Dia’ [VIDEO] 

Fasha Sandha – ‘Mood Touching Sebab Rayqal Masih Anggap Auntyibu Sebagai Mommy Dia’ [VIDEO] 

Fasha Sandha – ‘Mood Touching Sebab Rayqal Masih Anggap Auntyibu Sebagai Mommy Dia’ [VIDEO] 

Pelakon Fasha Sandha menzahirkan rasa terharu dan syukur apabila melihat keakraban yang terjalin antara keluarganya dengan keluarga aktres, Nora Danish.

Fasha nangis, sebak

Fasha Sandha – ‘Mood Touching Sebab Rayqal Masih Anggap Auntyibu Sebagai Mommy Dia’ [VIDEO] 

Dalam satu perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik sebuah video yang memaparkan momen ketika dia dan keluarga dijemput oleh Nora Danish ke majlis sambutan hari jadi mereka berdua.

Namun, momen yang paling menyentuh emosi adalah ketika anak sulung Nora Danish iaitu Rayqal, bersalaman dan memeluknya dengan penuh kasih sayang.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini mengakui sebak dan terharu melihat anak-anak membesar dalam suasana harmoni meskipun dirinya dan Nora pernah melalui fasa perselisihan faham suatu ketika dahulu.

Nangis, sebak. Anak-anak kami dah besar.

Syukur walau pernah juga melalui pengalaman merajuk manja sesama kami awal-awal dulu, (biasalah kita semua manusia biasa yang tak lari dari kesilapan kan).

But one thing for sure, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni, dan berkasih sayang. Diorang tak pernah tahu tentang masalah atau apa-apa, sebab pada mereka, kami adalah keluarga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

‘Rayqal masih anggap auntyibu sebagai mommy dia’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Dalam perkongsiannya, Fasha turut menasihati ibu bapa yang melalui perceraian agar tidak membiarkan perpisahan menjadi penghalang hubungan anak-anak dengan ibu bapa atau keluarga besar mereka.

Jangan jadikan broken marriage sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak, atau anak dengan ayah atau apa-apa pun bagi kasih sayang yang lebih untuk depa.

Merajuk kejap tak apa la, kita manusia kan, punya hati dan perasaan, bukan robot, tapi lepas hadam dan damai dengan takdir, bangun dan pandang ke hadapan, insyaallah pelangi datang selepas hujan.

Mood touching sebab Rayqal masih anggap auntyibu sebagai mommy dia.

Perkongsian Fasha mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap matang pelakon itu dalam menjaga hubungan kekeluargaan.

Rata-rata mereka turut terharu melihat keakraban Rayqal dengan Fasha, serta mendoakan agar keluarga mereka terus dilimpahi kebahagiaan dan keharmonian.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Fasha Sandha – ‘Mood Touching Sebab Rayqal Masih Anggap Auntyibu Sebagai Mommy Dia’ [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker