Wartawan portal didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini

Wartawan portal didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini

Wartawan portal didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang pengamal media sebuah portal tempatan Jumaat ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata tindakan itu diambil selepas perbincangan dengan Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa wartawan terbabit akan didakwa pada Jumaat,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan wartawan lelaki itu ditahan pada 28 Februari lalu berhubung dakwaan kes rasuah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan menurunkan artikel yang dimuat naik serta tidak menulis lagi mengenai sebuah agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta wang rasuah yang besar tetapi selepas berunding suspek bersetuju menerima kira-kira RM20,000,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Azam dilaporkan berkata, suspek lelaki ditahan jam 11.45 malam di sebuah hotel di Shah Alam hasil aduan dan operasi dilakukan pegawai penyiasat SPRM.

Wartawan portal didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker