Tentera Pakistan tamatkan rampasan kereta api, 21 tebusan dan empat tentera terbunuh
Tentera Pakistan tamatkan rampasan kereta api, 21 tebusan dan empat tentera terbunuh

QUETTA: Seramai 33 penyerang pemisah terbunuh selepas pasukan keselamatan Pakistan menyerbu sebuah kereta api yang dirampas, semalam.
Selasa lalu, militan pemisah Baloch meletupkan landasan kereta api dan melancarkan roket ke arah Jaffar Express yang dalam perjalanan ke Peshawar, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Kereta api itu berlepas dari ibu kota Balochistan, Quetta dan membawa 440 penumpang.
Dalam serbuan itu, seramai 21 tebusan dan empat anggota keselamatan terbunuh.
Jurucakap tentera, Ahmed Sharif Chaudhry berkata, pihaknya membebaskan sejumlah besar penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Operasi terakhir dijalankan dengan sangat berhati-hati,” katanya yang turut memaklumkan tiada orang awam terbunuh pada peringkat akhir operasi.
Terdahulu, Tentera Pembebasan Baloch (BLA), yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu memberitahu, mereka sudah membunuh 50 penumpang, setakat petang semalam.
Selasa lalu, kumpulan itu menyatakan bahawa mereka menahan 214 orang, kebanyakannya anggota keselamatan.
Mereka mengancam akan mula membunuh tebusan melainkan pihak berkuasa memenuhi tuntutan mereka dalam tempoh 48 jam untuk membebaskan tahanan politik Baloch, aktivis, dan individu yang didakwa diculik oleh tentera.
BLA ialah kumpulan etnik bersenjata terbesar yang menentang kerajaan di Balochistan, bersempadan dengan Afghanistan dan Iran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kumpulan militan Baloch meningkatkan aktiviti mereka menggunakan taktik baharu dengan meningkatkan jumlah korban dan menyasarkan tentera Pakistan.
Kumpulan militan Baloch mendakwa mereka berjuang untuk mendapatkan bahagian lebih besar sumber kekayaan semula jadi di wilayah itu, yang menurut mereka dinafikan oleh kerajaan pusat.
Tentera Pakistan tamatkan rampasan kereta api, 21 tebusan dan empat tentera terbunuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET