Atikah Suhaime Kongsi Momen Pantang [VIDEO]
Lain Pula Reaksi Netizen ‘Terpaling Pantang’?
Atikah Suhaime Kongsi Momen Pantang [VIDEO]
Pelakon, Atikah Suhaime kini menjalani tempoh berpantang selepas selamat melahirkan bayi perempuan, Lyla Mulan Teh pada Sabtu lalu.
Atikah Suhaime, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dilihat berkongsi momennya berpantang secara tradisional termasuklah bertungku, mengurut, dan memakai bengkung ketika berpantang.
“Bermula dengan sauna. Menitik peluh macam lari marathon. Mulan pun dapat pantang pakai tungku. CL (Confinement Lady) bising kaki Tika bengka sebab kuat berjalan.
Masa untuk urut, tungku semua. Alhamdulillah selesai je urut, susu mencurah-curah keluar. Sumpah bahagia, tak risau dah Mulan tak cukup makan.-“kongsi Atikah di TikTok
@atikahsuhaimeeee 1st day Pantang! Tika amek package 28 hari. You all pantang macam mana? #fyp #pantang #pantangjawa #bertunku #tangas @cassiaconfinementcare
“Jangan Nak Terpaling Mak-Mak Ya Semua..”
Walaubagaimanapun, perkongsian Atikah mencetuskan pelbagai reaksi segelintir netizen yang ‘terpaling berpantang’. Namun begitu, peminat tampil mempertahankan pelakon ini dengan meminta netizen untuk tidak menjadi ‘joy killer’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Lepasni Datin makan buah dulu ya, kemudian makan nasi atau heavy meal. Sunnah Rasulullah makan buah dulu.”
“Sembab muka Tika selepas bersalin.”
“Suka tengok artis dan seorang datin tak mekap semata-mata untuk upload di media sosial. Dia natural beauty sangat.”
“Boo kepada semua yang acah terpaling dalam komen orang. Tika teruskan post apa je you buat. Tal ada yang salah ke betul. All is experience.”
“Macam nak suruh Tika off comment je sebab ramai sangat yang terpaling dalam ni, aku yang stress baca.”
“Lawak komen masing-masing ada terpaling jaga makan, pakai bengkung, kena makan buah dulu la. Ikut dia la, korang tengok dengan hati yang bahagia dah la.”
“Jangan nak terpaling mak-mak ya semua. Biar lah dia enjoy masa pantang dia. Dia hire CL. Pandai la CL tu jaga dia.”
“Atikah ni kejap je nak in shape balik. Percaya la. Jenis jaga pemakanan ni jangan risau.
Atikah Suhaime Kongsi Momen Pantang [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET