Gol Hudson-Odoi buat Man City merana

Gol Hudson-Odoi buat Man City merana

Gol Hudson-Odoi buat Man City merana
HUDSON-Odoi meraikan jaringannya. FOTO REUTERS

Nottingham, England: Callum Hudson-Odoi menjadi wira Nottingham Forest selepas menjaringkan gol lewat permainan untuk memberikan kemenangan 1-0 ke atas Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus mengekalkan Forest di landasan tepat untuk menamatkan musim di kedudukan empat teratas dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pemain sayap itu menerima hantaran lintang cantik daripada Morgan Gibbs-White sebelum merembat dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol City, Ederson pada minit ke-83.

Pasukan kendalian Pep Guardiola hampir menjaringkan gol apabila percubaan jarak jauh Nico Gonzalez hampir menghasilkan gol, manakala Ederson sempat menepis sepakan lencong Hudson-Odoi.

Keputusan itu menyaksikan Forest, yang muncul sebagai pasukan penuh kejutan musim ini, kekal di tangga ketiga dengan 51 mata, manakala City di tempat keempat dengan 47 mata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker