Pirelli gantikan Michelin sebagai pembekal tayar MotoGP
Pirelli gantikan Michelin sebagai pembekal tayar MotoGP

Milan: Pirelli akan menjadi pembekal tayar tunggal untuk MotoGP dalam kontrak lima tahun bermula 2027, menurut kenyataan daripada organisasi perlumbaan motosikal itu.
Pirelli, yang menjadi pembekal tayar untuk Moto2 dan Moto3, menggantikan syarikat Perancis, Michelin, pembekal tunggal untuk kategori utama sejak 2016.
Peraturan teknikal MotoGP akan mengalami perubahan besar pada musim 2027, dengan perlumbaan beralih dari motosikal 1,000cc kepada 850cc bagi meningkatkan keselamatan penunggang.
“Pirelli akan menjadi pembekal tayar rasmi untuk MotoGP bermula 2027,” kata MotoGP dalam kenyataannya.
“Kontrak lima tahun yang baru, yang sedang dimuktamadkan, akan berlangsung hingga 2031 dan akan bertepatan dengan era baru dalam sukan ini apabila motosikal MotoGP dan peraturan teknikal baharu dilancarkan pada 2027.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Strategi untuk mempunyai pembekal tunggal dalam paddock akan menyediakan satu platform pembangunan yang sempurna bagi juara masa depan untuk memantapkan kemahiran mereka menuju ke puncak.
“Syarikat Itali, Pirelli, juga adalah pembekal tayar untuk Formula Satu, yang pemiliknya, Liberty Media, pada tahun lalu mengumumkan pengambilalihan syarikat induk MotoGP, Dorna.
Pengambilalihan ini kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Eropah.
Pirelli gantikan Michelin sebagai pembekal tayar MotoGP
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET