Penguat kuasa DBKL dikasari penjaja: 3 lelaki, seorang wanita ditahan – Polis

Penguat kuasa DBKL dikasari penjaja: 3 lelaki, seorang wanita ditahan – Polis

Penguat kuasa DBKL dikasari penjaja: 3 lelaki, seorang wanita ditahan - Polis
Anggota penguat kuasa DBKL cedera dalam insiden provokasi membabitkan penjaja tidak berlesen di ibu negara, semalam. – Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas menghalang pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang bertugas semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie AffendySulaiman berkata penahanan susulan laporan polis diterima jam 5.59 petang daripada seorang wanita yang bertugas sebagai pegawai penguat kuasa DBKL.

Berdasarkan laporan, katanya pegawai terbabit memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang bertugas mengalihkan ‘food truck’ yang menghalang lorong di Jalan Benteng kira-kira jam 11.30 pagi.

“Seorang wanita yang juga pemilik food truck menghalang tugas pengadu sehingga berlaku pergelutan antara mereka.

“Akibatnya, pengadu mengalami kecederaan dan luka akibat digigit. Wanita terbabit ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Sulizmie berkata, seterusnya pada jam 10.08 malam polis menerima satu lagi laporan daripada pegawai penguat kuasa DBKL yang memaklumkan menerima maklumat mengenai kekecohan membabitkan petugas DBKL dengan beberapa penjaja di hadapan suatu premis perniagaan di Masjid India.

“Ketika melakukan penyuraian kekecohan, telah dirempuh secara kasar dan menyebabkan pengadu jatuh.

“Pihak polis dihubungi untuk tindakan dan tiga lelaki tempatan berusia 15 sehingga 39 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, seorang dari tiga tangkapan ini didapati mempunyai satu rekod lampau membabitkan kesalahan dadah.

“Kedua-dua insiden menghalang tugas penjawat awam ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Reman untuk kes pertama melibatkan seorang wanita tempatan berusia 30 tahun dibenarkan selama dua hari sehingga esok.

“Sementara tangkapan tiga lelaki direman tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua anggota penguat kuasa DBKL diserang penjaja tidak berlesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, dalam dua kejadian berasingan semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata dua laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan kerana mendatangkan kecederaan kepada anggota penguat kuasa.

Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas menghalang pegawai penguat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker