Jumpa selipar di tepi sungai, budak 6 tahun dikhuatiri lemas
Jumpa selipar di tepi sungai, budak 6 tahun dikhuatiri lemas

KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di sungai Kampung Baginda, di sini, hari ini.
Mangsa, Zulfazli Azrul, 6, disedari hilang oleh keluarganya jam 12.15 tengah hari, selepas menemui selipar mangsa di tepi sungai kira-kira 50 meter dari rumah mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 3.18 petang.
Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Pencarian turut dijalankan di tebing sungai sepanjang kira-kira 100 meter bersama penduduk kampung,” katanya.
Setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan.
Jumpa selipar di tepi sungai, budak 6 tahun dikhuatiri lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET