Hina Islam: Polis cari pemilik akaun FB Vijayan Savarinathan
Hina Islam: Polis cari pemilik akaun FB Vijayan Savarinathan
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menghina agama Islam serta mengeluarkan kata-kata lucah melampau menerusi satu video berdurasi tiga minit 49 saat yang tular di laman sosial Facebook, sejak semalam.
Satu laporan polis dibuat petang semalam di Balai Polis Manchis, Bentong, Pahang, oleh seorang lelaki berusia 32 tahun selepas melihat video berkenaan menerusi akaun Facebook atas nama ‘Vijayan Savarinathan’.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan pada masa ini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, sejurus laporan polis dibuat termasuk usaha mengesan lelaki terbabit yang berkemungkinan berada di luar negara.
“Berdasarkan laporan, video berkenaan telah dimuat naik pada tarikh 5 Mac (semalam) dan dipercayai telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai.
“Ini kerana video berkenaan mengandungi kata-kata kesat dan penghinaan terhadap penganut agama Islam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Pihak polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya kepada BH hari ini.
Razarudin berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.
“Video ini mengandungi kata-kata kesat yang menghina penganut agama Islam susulan isu melibatkan penyampai sebuah stesen radio yang sebelum ini didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu,” katanya.
Terdahulu, beliau turut memberi amaran keras untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan isu sensitif yang menyentuh perkara berkaitan Agama, Bangsa dan Raja (3R).
Sementara itu, berdasarkan semakan wartawan BH menerusi FB mendapati video berkenaan masih boleh diakses dan ditonton selepas tular dalam akaun pemilik FB.
Hina Islam: Polis cari pemilik akaun FB Vijayan Savarinathan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET