Penunggang motosikal maut kemalangan langgar lari

Penunggang motosikal maut kemalangan langgar lari

Penunggang motosikal maut kemalangan langgar lari
Penunggang motosikal maut di lokasi kemalangan selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Gayang, Tuaran. – Foto NSTP/Ihsan PDRM

TUARAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Gayang di sini, awal pqgi hari ini.

Insiden berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu mengorbankan mangsa akibat kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan dipercayai kereta.”

“Pemandu kenderaan didapati melarikan diri dari lokasi kemalangan dan penunggang motosikal yang cedera parah di bahagian kepala dan seluruh badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan setakat ini, beberapa orang individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis giat mengesan pemandu yang melarikan diri dari lokasi kemalangan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Penunggang motosikal maut kemalangan langgar lari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker