Dia anak harapan kami

Dia anak harapan kami

Dia anak harapan kami
NURASYRAF Afif. FOTO Omar Ahmad

Kota Tinggi: “Dia anak harapan akak (kakak), dia tolong suami akak berniaga, angkat barang semua. Dia sangat rajin.

“Tak sangka dia ‘pergi’ di awal Ramadan ini, namun saya reda dengan pemergiannya,” kata Nor Hasmidah Hassim, 50, ibu kepada pelajar kolej vokasional yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.3 Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Nurasyraf Afif Abdul Ghafar, 20, yang memandu Perodua Kancil maut di tempat kejadian selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan Nissan Almera.

Nor Hasmidah yang juga guru matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara di sini berkata, anak keempat daripada lima beradik, seorang yang rajin membantu keluarga, terutama bapanya yang berniaga.

“Semalam, arwah sempat membantu bapanya menyiapkan tapak untuk berniaga di bazar (Ramadan) Kluang sebelum pulang kira-kira 1 pagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan unit forensik Hospital Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Menurut Nor Hasmidah, anaknya yang menuntut di Kolej Vokasional Kota Tinggi

kini dalam semester terakhir dan berulang-alik ke ke kolej itu mengunakan kereta datuknya.

“Dulu, dia berulang-alik dengan motosikal, tapi kami kasihan dekat dia jika hujan dan panas.

“Kami pun risau bila dia naik motosikal. Ada kereta datuknya, jadi arwah guna kereta itu. Tak sangka akhirnya dia meninggal dunia akibat kemalangan itu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Jenazah Nurasyraf Afif akan dibawa pulang ke rumah datuknya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Semenchu.

Dalam kejadian pagi itu, penumpang hadapan Nissan Almera, Zainab Abdullah, 68, turut disahkan maut di tempat kejadian.

Dia anak harapan kami


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker