Pekerja kebun tembikai parah disamun empat lelaki

Pekerja kebun tembikai parah disamun empat lelaki

Pekerja kebun tembikai parah disamun empat lelaki
Lokasi kejadian samun di rumah kebun di Kampung Batu Gadung, Jalan Tamau, Kota Belud.- Foto NSTP/ ihsan POLIS

KOTA BELUD: Seorang pekerja kebun tembikai parah selepas dipukul dan disamun empat lelaki dalam kejadian di Kampung Batu Gadung, Jalan Tamau, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, wang tunai RM10,000 dan telefon bimbit milik mangsa lelaki berusia 24 tahun turut dilarikan oleh kumpulan lelaki yang tidak dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian samun itu kira-kira jam 4 petang.

Katanya, mangsa yang bekerja di kebun tembikai kini menerima rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

“Hasil daripada siasatan mendapati mangsa disamun empat lelaki sehingga menyebabkan mangsa parah di bahagian kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


“Kumpulan berkenaan turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrudin berkata, semua suspek dipercayai melarikan diri menggunakan motosikal.

“Polis kini dalam usaha mengenal pasti serta mengesan kumpulan lelaki terbabit.

“Mana-mana saksi awam yang mengenai atau mempunyai maklumat suspek diminta supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Izhafizan Haron di talian 014-6318003,” katanya.

Pekerja kebun tembikai parah disamun empat lelaki

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker