Patung monyet paling berharga
Patung monyet paling berharga

Bangkok: Pemuda dari wilayah utara Chiang Rai, Thailand memberi ganjaran wang tunai 30,000 baht (kira-kira RM3,965) kepada seorang wanita yang menemui dan memulangkan patung monyet kesayangannya yang hilang.
Portal The Thaiger melaporkan, kisah lelaki itu tular di media sosial kerana meminta bantuan warganet mencari dan mengembalikan anak patungnya yang hilang itu.
“Anak patung monyet coklat ini, seperti yang dilihat dalam gambar, hilang.
“Saya kehilangannya di parkir bar Yang Sod. Sesiapa yang menemuinya boleh menuntut ganjaran 30,000 baht (kira-kira RM3,965) daripada saya #NilaiSentimental,” tulisnya pada kapsyen di laman sosial.
Lelaki itu juga memberi maklumat lanjut di ruangan komen menyatakan dia kehilangan anak patung itu pada kira-kira 1 pagi pada 16 Februari lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Segelintir netizen menuduh lelaki itu mereka-reka cerita mengenai anak patung yang hilang itu dan berpura-pura menawarkan ganjaran yang besar untuk menarik perhatian.
Mereka mendakwa anak patung itu kelihatan seperti mainan biasa tanpa sebarang kualiti atau ciri unik.
Bagaimanapun, lelaki itu menjelaskan anak patung itu penting dan mempunyai nilai sentimental tinggi kerana hadiah daripada ibunya ketika berusia empat tahun serta membesar dengannya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook (Fb), lelaki itu berkongsi seorang wanita Thailand, yang enggan dikenali mengembalikan patung monyet itu kepadanya pada 17 Februari lalu.
Wanita itu menemuinya di sebuah kondominium di wilayah itu dan menghubunginya selepas melihat hantarannya di media sosial.
Lelaki itu mengesahkan dia memang memberi wanita itu ganjaran 30,000 baht (kira-kira RM3,965) dan mengucapkan terima kasih kepada warganet dan saluran berita kerana membantu menyebarkan kisahnya, yang akhirnya mengembalikan anak patung kesayangannya.
Patung monyet paling berharga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET