Kemalangan babit 95 kenderaan, lebih 100 orang cedera

Kemalangan babit 95 kenderaan, lebih 100 orang cedera

Kemalangan babit 95 kenderaan, lebih 100 orang cedera
Sebahagian daripada 95 kenderaan yang terbabit kemalangan akibat ribut salji di wilayah Upsalla, Stockholm, Sweden. – FOTO Agensi

Stockholm: Lebih 100 individu di Sweden cedera dan menerima rawatan di hospital selepas puluhan kereta dan lori merempuh satu sama lain dekat wilayah Upsalla pada Sabtu.

Metro UK melaporkan, ia adalah kesan buruk akibat timbunan yang disebabkan oleh ribut salji kuat yang digambarkan sebagai ‘adegan filem distopia’.

Menurut pihak berkuasa, dua mangsa kini menerima rawatan rapi susulan insiden berkenaan.

Imej dari tempat kejadian menunjukkan kereta dan lori yang musnah bertembung antara satu sama lain di laluan E18 antara Enkoping dan Balsta.

Menurut pegawai kesihatan wilayah Mikael Kohler, kira-kira 95 kenderaan terbabit dalam dua perlanggaran besar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


Jurucakap polis memberitahu SVT, penyiar Sweden yang impak kemalangan itu seperti dalam adegan filem distopia.

Pihak berkuasa pengangkutan Sweden memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan laluan di wilayah Uppsala.

Difahamkan, suhu di Sweden kini mencecah -4 darjah Celsius.

Suhu di United Kingdom (UK) boleh meningkat kepada dua angka minggu depan selepas keadaan beku dan salji.

 

Kemalangan babit 95 kenderaan, lebih 100 orang cedera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker