Setiawangsa Rangers dijenama semula
Setiawangsa Rangers dijenama semula

Kuala Lumpur: Setiawangsa Rangers FC (SRFC) melakukan penjenamaan semula apabila kini dikenali sebagai Kuala Lumpur Rangers (KLR).
Tindakan itu bertujuan untuk meluaskan capaian dan memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar Kuala Lumpur.
Majlis penjenamaan semula dan pelancaran jersi baharu itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa.
“Saya harap komuniti bola sepak Kuala Lumpur dapat memberikan sokongan padu dengan menjadi sebahagian daripada keluarga besar KLR.
“Malah, KLR dalam proses memuktamadkan tajaan bersama beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa,” kata Nik Nazmi yang juga Penaung SRFC dan KLR.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
SRFC yang diketuai Khushairi Aizad Jamalludin juga mengasaskan Kuala Lumpur Women’s Super League yang memberikan platform kepada golongan wanita bermain dalam liga kompetitif.
SRFC juga menguruskan pasukan bola sepak wanita Wilayah Persekutuan yang beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada tahun lalu.
Setiawangsa Rangers dijenama semula
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah