Penghantar barangan tumbuk muka pelanggan tiga kali

Seorang penghantar barangan bertindak menumbuk muka penerima bungkusan untuk ibunya sebanyak tiga kali sehingga mengakibatkan kecederaan kecil di sebuah blok perumahan di Yishun Street pada Khamis lalu, lapor portal berita Goody Feed semalam.
Penerima bungkusan itu ialah seorang pemuda berusia 34 tahun. Mangsa memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa dia sedang tidur di rumah apabila dikejutkan oleh penghantar barangan tersebut.
Katanya, penghantar bungkusan tersebut yang menghantar bungkusan itu kemudian memintanya menandatangani borang pengesahan penerimaan kerana ibunya tiada di rumah.
“Saya bertanya kepadanya sama ada saya boleh menyemak bungkusan itu dahulu dan dia berkata tidak. Jadi, saya meminta dia balik dahulu dan datang semula untuk menghantar barang,” tambahnya.
Katanya, penghantar itu kelihatan sangat tidak sabar selepas mendengarnya malah memaki hamunnya beberapa kali.
Pemuda tersebut kemudian menolak penghantar barangan itu yang kemudian bertindak balas dengan menumbuk mukanya sebanyak tiga kali.
Dia yang marah bertindak menghubungi polis manakala pengantar barang itu segera melarikan diri dari tempat kejadian tetapi pemuda tersebut berjaya merakamkan gambar van yang dipandunya. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar
- Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor
- Drama isu keselamatan terbaru dari PAS
- Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
- PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi
- Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu
- Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu
- Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
- Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak
- Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun
- Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir
- Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN
- Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat
- Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai
Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’
You must be logged in to post a comment.