Gergasi Merah bawa bekalan tipis ke Selayang

Gergasi Merah bawa bekalan tipis ke Selayang

Gergasi Merah bawa bekalan tipis ke Selayang
PEMAIN Selangor, Alvin Fortes meraikan jaringannya pada pelawanan akhir Piala Cabaran antara Selangor bertemu PDRM FC Stadium MBPJ, Pertaling Jaya. FOTO ASWADI ALIAS

Petaling Jaya: Selangor FC membawa bekalan tipis ke Selayang selepas menang 3-2 ke atas PDRM FC pada final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad Merah Kuning memiliki kelebihan satu gol sebelum sekali lagi bertemu pada final kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu depan.

Malah, kelebihan itu juga meletakkan Selangor FC dilandasan terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan domestik sejak 2015, dengan anak buah Katsuhito Kinoshi perlu sekurang-kurangnya merakam keputusan seri dan elak daripada kekalahan di gelanggang lawan nanti.

Begitupun buat PDRM FC pula, kekalahan tipis itu masih boleh ditebus dengan syarat skuad kendalian P Maniam itu wajib menang dengan kelebihan dua gol tanpa bolos sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi pada musim lalu itu.

Dalam aksi final itu, tuan rumah tidak menunggu lama untuk berada di depan hasil jaringan Alvin Fortes seawal minit keempat untuk mengejutkan pelawat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


Begitupun sejurus gol itu, anak didik Kinoshi terpaksa beraksi 10 pemain selepas semakan VAR apabila ketua pasukan, Safuwan Baharudin dikesan melakukan terjahan keras ke atas Shahrel Fikri.

Biarpun kekurangan seorang pemain, Fortes sekali lagi membuktikan sentuhan penyudahnya cukup berbisa apabila menambah gol kedua hasil rembatan deras di minit 18 untuk memberi kelebihan dua gol berpihak tuan rumah.

Menyedari lawan kekurangan pemain, skuad Sang Saka Biru yang juga juara bertahan Piala Cabaran memperkemaskan aksi dengan melancarkan serangan demi serangan ke kubu tuan rumah.

Hasilnya PDRM FC berjaya memadam kelebihan dua gol apabila meledak hasil jaringan Shahrel yang bijak melepaskan diri daripada perangkap offside di minit 28, sebelum Badrol Affendy menanduk masuk sepakan sudut di minit 39.

Bersambung babak kedua, pemain skuad Red Giants kembali memimpin aksi apabila tonggak import dari Jordan, Ali Olwan meledak gol ketiga di minit 51 untuk mendahului 3-2.

Pelawat meningkatkan ‘suhu’ serangan namun pertahanan tuan rumah ampuh bertahan hingga ke wisel penamat.

Gergasi Merah bawa bekalan tipis ke Selayang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker