Peniaga wanita COD makanan dipercayai dibunuh, mayat ditemukan di tepi sungai
Peniaga wanita COD makanan dipercayai dibunuh, mayat ditemukan di tepi sungai
![Peniaga wanita COD makanan dipercayai dibunuh, mayat ditemukan di tepi sungai](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/hiasan_pollis_1739463313.webp)
Kuantan: Mayat seorang peniaga makanan wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah hari tadi.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita itu.
“Siasatan mendapati mangsa seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah Kuantan serta seorang peniaga makanan.
“Menurut saksi, mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam semalam,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peniaga wanita COD makanan dipercayai dibunuh, mayat ditemukan di tepi sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
You must be logged in to post a comment.