Adik dikhuatiri lemas, abang terselamat hanyut dalam bot
Adik dikhuatiri lemas, abang terselamat hanyut dalam bot
![Adik dikhuatiri lemas, abang terselamat hanyut dalam botOleh Amir Hamzah Nordin - Februari 5, 2025 @ 11:11pm bhnews@bh.com.my facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub melakukan kerja mencari dan menyelamat lelaki berusia 22 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Batu Talam, Kampung Badang, Jalan Cheroh. - Foto BBP Raub Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub melakukan kerja mencari dan menyelamat lelaki berusia 22 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Batu Talam, Kampung Badang, Jalan Cheroh. - Foto BBP Raub RAUB : Lelaki berusia 22 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Batu Talam, Kampung Badang, Jalan Cheroh, dekat sini pada jam 4.08 petang, semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang dikhuatiri lemas, Ahmad Khairul Nizam Sudin berusia 22 tahun. Katanya, abang mangsa, Muhamad Tarmizi Sudin (23) terselamat kerana hanyut bersama bot jenis gentian kaca tanpa enjin. "Sejurus menerima panggilan kecemasan, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dengan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, Asmadi Dahlan tiba di tempat kejadian terus melakukan operasi pencarian secara di permukaan air di kawasan sekitar tebing sungai itu. Disyorkan Tuduhan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan tak cacat, ikut undang-undang Jika disengat haiwan berbisa, apa harus dilakukan Padah beli air tebu Suami bakar kereta isteri kerana sengketa rumah tangga Khidmat Unit Anjing Pengesan K9 JBPM dari Jalan Klang Lama Kuala Lumpur turut hadir membantu mengesan mangsa. - Foto BBP Raub Khidmat Unit Anjing Pengesan K9 JBPM dari Jalan Klang Lama Kuala Lumpur turut hadir membantu mengesan mangsa. - Foto BBP Raub "Mangsa yang lemas masih belum dijumpai, komander operasi melaporkan abang mangsa selamat berada di atas bot fiber tanpa enjin dan hanyut," katanya. Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada jam 8 malam ini dan pencarian akan diteruskan pagi esok. Polis seramai 10 anggota dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 10 orang awam turut menyertai operasi di lokasi. Salahuddin berkata, setakat ini, sebanyak lima kes lemas berlaku di Pahang sejak awal 2025 iaitu di Jerantut, Kuala Rompin, Tasik Bera, Kuantan dan di Raub. "Orang ramai dinasihatkan cuba menjauhi aktiviti mandi manda atau melakukan aktiviti di air di tempat merbahaya kerana Musim Monsun Timur Laut (MTL) masih belum reda," katanya.](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/BH5LUMAS-O_1738769062.jpg)
RAUB : Lelaki berusia 22 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Batu Talam, Kampung Badang, Jalan Cheroh, dekat sini pada jam 4.08 petang, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang dikhuatiri lemas, Ahmad Khairul Nizam Sudin berusia 22 tahun.
Katanya, abang mangsa, Muhamad Tarmizi Sudin (23) terselamat kerana hanyut bersama bot jenis gentian kaca tanpa enjin.
“Sejurus menerima panggilan kecemasan, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dengan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, Asmadi Dahlan tiba di tempat kejadian terus melakukan operasi pencarian secara di permukaan air di kawasan sekitar tebing sungai itu
![Adik dikhuatiri lemas, abang terselamat hanyut dalam bot](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/BH5LUMAS-O2_1738769064.jpg)
“Mangsa yang lemas masih belum dijumpai, komander operasi melaporkan abang mangsa selamat berada di atas bot fiber tanpa enjin dan hanyut,” katanya.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada jam 8 malam ini dan pencarian akan diteruskan pagi esok.
Polis seramai 10 anggota dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 10 orang awam turut menyertai operasi di lokasi.
Salahuddin berkata, setakat ini, sebanyak lima kes lemas berlaku di Pahang sejak awal 2025 iaitu di Jerantut, Kuala Rompin, Tasik Bera, Kuantan dan di Raub.
“Orang ramai dinasihatkan cuba menjauhi aktiviti mandi manda atau melakukan aktiviti di air di tempat merbahaya kerana Musim Monsun Timur Laut (MTL) masih belum reda,” katanya.
Adik dikhuatiri lemas, abang terselamat hanyut dalam bot
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
You must be logged in to post a comment.