10 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden
Copenhagen: Kira-kira 10 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Örebro, Sweden pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman dpa yang memetik kenyataan pihak polis.
Jurucakap polis memaklumkan bahawa suspek dipercayai turut berada dalam kalangan mereka yang maut.
Insiden berlaku sekitar tengah hari di sebuah pusat pendidikan dewasa di Örebro, kira-kira 160 kilometer di barat Stockholm.
Ketua Polis Örebro, Roberto Eid Forest dalam sidang media sebelum ini mengesahkan bahawa suspek adalah seorang lelaki.
Bagaimanapun, polis belum mendedahkan sebarang kemungkinan motif serangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Dalam temu bual bersama penyiar radio SVT, pengetua sekolah Ingela Back Gustafsson berkata sekumpulan pelajar berlari melintasinya sambil menjerit agar semua orang meninggalkan kawasan sekolah.
“Sebaik tiba di taman permainan, saya terdengar bunyi tembakan, sangat dekat. Kami lari menyelamatkan diri,” katanya.
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.