Suami bakar kereta isteri kerana sengketa rumah tangga
Suami bakar kereta isteri kerana sengketa rumah tangga
JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian dekat Jalan Tebrau berhampiran sebuah hospital swasta di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian khianat itu dilakukan sendiri oleh suspek yang juga suami kepada pemilik kereta berkenaan yang menyebabkan mangsa kerugian hampir RM90,000.
Beliau berkata, siasatan mendapati, suami mangsa yang berusia 25 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap isterinya yang berusia 21 tahun susulan perselisihan faham rumah tangga.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laluan berkenaan, kejadian berlaku pada jam 10.20 malam.
“Suspek yang menaiki Toyota Vellfire menghalang kereta dinaiki isterinya bersama dua wanita lain serta seorang lelaki.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
“Suspek bertindak menyimbah petrol dan membakar kereta sebelum melarikan diri dari lokasi dengan Toyota Vellfire,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata, susulan kejadian itu kereta Toyota Vios milik isterinya terbakar 80 peratus dan wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Majidee.
Katanya, polis giat mengesan lelaki tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membuat laporan atau menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323.
Suami bakar kereta isteri kerana sengketa rumah tangga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.