Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Parti UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946, pernah menjadi sebuah parti politik yang cukup gagah di pentas politik tanah air.
Selama lebih dari 6 dekad UMNO sangat disegani oleh sekutu politik dan digeruni oleh seteru politik UMNO.
Di zaman kegemilangan UMNO, seteru politik UMNO merasakan untuk menumbangkan UMNO dalam mana-mana pilihanraya adalah sesuatu yang sangat mustahil.
Tetapi keadaan tersebut berubah selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).
Selepas UMNO kehilangan kuasa dalam PRU 14, UMNO terus menjadi lemah dan dalam PRU 15, menyaksikan UMNO kehilangan penurunan sokongan orang Melayu.
Selain dari terpalit dengan skandal 1MDB, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin merosot.
Antara faktornya adalah perubahan demografi pengundi.
Generasi muda yang berumur antara 18 – 35 tahun dilihat lebih cenderung menyokong parti alternatif seperti PAS dan PPBM.
Walau pun cuba dinafikan oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO, namun kegagalan UMNO menambat hati pengundi muda masih membelenggu parti tersebut.
Mampukah UMNO Bertahan Lagi Selepas 10 Tahun
Kini survivor UMNO dalam pentas politik tanah air bergantung sepenuhnya kepada pengundi tradisional dan pengundi luar bandar.
Sebahagian besar dari mereka (generasi lama), terus setia kepada UMNO berdasarkan faktor sejarah dan nostalgia.
Namun begitu, peratusan mereka dalam keseluruhan pengundi di Malaysia semakin mengecil.
Sekiranya UMNO masih lagi merasa selesa dengan keadaan ini, dalam 2 atau 3 pilihan raya umum yang akan datang, nama UMNO mungkin akan dipindahkan ke muzium politik tanah air.
UMNO juga tidak boleh terlalu mengharapkan keberadaan di dalam kerajaan sebagai pemangkin kepada kebangkitan UMNO.
Kerajaan yang ada sekarang lebih dilihat sebagai kerajaan Pakatan Harapan berbanding kerajaan campuran antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Setiap kejayaan dasar yang dilakukan oleh kerajaan sekarang, akan melonjakkan nama Pakatan Harapan berbanding UMNO.
Penentu Masa Depan UMNO
Untuk menarik balik sokongan pengundi, UMNO perlu melakukan reformasi dalaman dengan segera.
Imej UMNO yang sudah tercalar teruk sebagai parti kleptokrat mesti dikikis dari pemikiran rakyat.
UMNO juga perlukan saf kepimpinan yang baharu untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO serius dalam perubahan.
Sebaiknya kepimpinan veteran memberi ruang kepada saf kepimpinan baharu untuk menerajui UMNO.
Untuk menarik sokongan generasi muda, UMNO perlu menggabungkan naratif Melayu dengan agenda nasional yang progresif.
Jangan terlalu fokus kepada isu remeh temeh yang membuatkan pengundi muda makin menjauhi UMNO.
Berikan fokus kepada isu yang lebih dekat di hatu rakyat seperti ekonomi digital, pendidikan dan kebajikan.
Untuk memenangi semula hati pengundi Melayu yang sudah beralih arah, UMNO perlu menawarkan dasar yang lebih konkrit, seperti pembelaan hak Bumiputera
Namun dalam memperjuangkan hak Bumiputera, harus dielakkan retorik perkauman yang boleh mencetuskan kemarahan pengundi bukan Bumiputera.
Jangan lupa, di dalam Barisan Nasional, UMNO mempunyai parti sekutu yang mewakili kaum masing-masing seperti MCA dan MIC.
Retorik perkauman akan meletakkan MCA dan MIC berada dalam keadaan sukar.
Usaha mesti dilakukan mulai sekarang.
Sekiranya UMNO gagal berubah, sokongan akan terus beralih kepada PAS dan PPBM dan impian untuk UMNO bangkit semula akan hanya menjadi angan-angan.
Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
- Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
- Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
You must be logged in to post a comment.