Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Anwar Ibrahim atau PMX memang seorang politikus populis.
Beliau gemar melakukan perkara yang beliau rasakan boleh menaikkan populariti beliau di kalangan penyokong beliau.
Dalam isu titah adendum yang telah menggegarkan dunia politik tanah air, hampir setahun selepas titah itu dikeluarkan, tidak ada seorang menteri yang berani membuka mulut.
Kalau pun ada, cuma Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution yang memberikan kenyataan sewaktu disoal oleh pembangkang dalam Dewan Rakyat.
Sama ada keseluruhan jemaah menteri diberikan arahan untuk tutup mulut atau sememangnya mereka tidak mengetahui kewujudannya, kita tidak pasti.
Tetapi selepas, Mahkamah Rayuan memutuskan kewujudan titah tersebut, baharulah sama ada diarahkan atau pun, memberikan komen.
Hampir keseluruhan menteri yang terlibat dengan pengurusan Lembaga Pengampunan mengakui tidak pernah melihat titah tersebut.
Paling hebat, mantan Peguam Negara telah dinaikkan pengkat untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Ada khabar angin, yang beliau akan dinaikkan lagi pangkat sebagai Ketua Hakim Negara ekoran Tengku Maimun mengumumkan persaraan beliau.
Adakah semuanya kerana isu titah adendum?
Kemudian, Anwar menjadi hero dengan memberikan penjelasan yang sebenarnya makin mengelirukan.
Tetapi menurut penyokong beliau, penjelasan yang diberikan itu adalah penjelasan yang sangat jelas dan nyata.
Perhimpunan Aman Benci Rasuah
Kemudian timbul pula isu Perhimpunan Aman Benci Rasuah.
Sekali lagi, Saifuddin Nasution dengan setia membuat kenyataan awal yang kemudiannya akan disanggah oleh Anwar.
Saifuddin memberikan pelbagai alasan yang dilihat sebagai pendirian rasmi kerajaan yang menentang perhimpunan itu.
Tetapi setelah dikritik hebat oleh pelbagai pihak, termasuk ahli politik dari blok kerajaan, sekali lagi, Kapten Amerika menyelamatkan keadaan.
Dengan muka selamba Anwar berkata, beliau tidak ada halangan sekiranya perhimpunan itu diadakan.
Sekali lagi Saifuddin terkulat-kulat bila mendengan kenyataan dari bos beliau.
Isu Tol Percuma
Muncul pula isu mengenai pendirian kerajaan untuk tidak memberikan tol percuma ketika hari perayaan.
Kali ini, Menteri Kerja Raya pula dilihat menjadi mangsa.
Alexander Nanta Linggi berkata, tidak ada tol percuma akan diberikan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Ia berpandukan kepada keputusan yang dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.
Dan sekali lagi muncul Kapten Amerika memberika kelegaan kepada rakyat Malaysia.
Potongan bayaran tol sebanyak 50% diberikan kepada pengguna lebuhraya sempena Tahun Baharu Cina.
Penulis yakin, ini bukan kali terakhir Kapten Amerika muncul.
Banyak lagi isu-isu yang masih belum selesai yang memerlukan ‘wahyu’ dari Kapten Amerika.
Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Di Syorkan Untuk Anda:
- Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
- Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
You must be logged in to post a comment.