Warga emas maut tersepit lori pasir dipandunya terbabas

Warga emas maut tersepit lori pasir dipandunya terbabas

Warga emas maut tersepit lori pasir dipandunya terbabas
Anggota Bomba dan Penyelamat Kota Marudu memeriksa keadaan lori yang terbabas menyebabkan pemandunya maut pagi tadi. Gambar ihsan Bomba Kota Marudu

KOTA MARUDU: Seorang warga emas maut selepas tersepit dalam lori dipandunya selepas terbabas di Kampung Mengaris di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 68 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba tidak lama kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hasbi Hajat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.49 pagi.

Beliau berkata, seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori 10 tan membawa muatan pasir terbabas sendiri di tepi jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


“Terdapat seorang mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas (Hydraulic Jack),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

“Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Warga emas maut tersepit lori pasir dipandunya terbabas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker