TFC belasah Shan United di Myanmar
TFC belasah Shan United di Myanmar
Kuala Lumpur: Terengganu FC (TFC) berpesta gol di Yangon selepas membelasah Shan United 5-0 pada aksi ketiga Kejuaraan Kelab Asean di Stadium Thuwunna, sebentar tadi.
Ia adalah kemenangan pertama untuk TFC pada pentas itu selepas terikat 2-2 menentang kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa FC pada 25 September tahun lalu manakala aksi pertama tewas 0-1 di tangan kelab Kemboja, PKR Svay Rieng FC.
TFC bermula baik apabila di depan seawal minit ke-11 menerusi sepakan penalti Safawi Rasid.
Skuad bimbingan Badrul Afzan Razali terus memberi tekanan kepada tuan rumah selepas pemain tengah, Manuel Ott yang tidak dikawal merembat masuk bola dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran cantik Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob minit ke-25.
Penyerang TFC, Akhyar Rashid hampir menambah gol ketiga, tetapi cubaan jarak jauhnya berjaya ditepis penjaga gol Shan United, Kyaw Zin Phyo pada minit ke-39.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Ketika perlawanan dilihat akan berkesudahan dengan TFC mendahului 2-0 menjelang tamat separuh masa pertama, Shan United dirundung malang selepas pemain pertahanan, Zwe Htet Min dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana menjatuhkan Engku di dalam kotak penalti pada masa kecederaan.
Akhyar yang diberi kepercayaan untuk menyempurnakan sepakan penalti, tidak mensia-siakan peluang itu, sekali gus menyaksikan TFC selesa mendahului 3-0 selepas berakhir babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, TFC terus menggandakan asakan bertali arus dan memperoleh beberapa peluang terbaik, namun ia masih belum berhasil untuk menambah jaringan.
Bagaimanapun, Ott menanduk masuk bola pada minit ke-64, sekali gus gol kedua peribadinya pada perlawanan itu.
Akhyar menambah derita Shan United apabila menambah gol kelima yang juga gol keduanya pada perlawanan hari ini selepas tenang merembat masuk bola minit ke-71.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Pada minit ke-77, pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan sembilan pemain selepas Zwe Khant Min dibuang padang apabila menerima kad kuning kedua kerana mengasari Safawi.
Bagaimanapun, TFC gagal memanfaatkan kelebihan itu apabila tidak dapat menambah jaringan dan kedudukan 5-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan itu membolehkan TFC mengumpul empat mata selepas tiga perlawanan, manakala Shan United kekal dengan rekod buruk tanpa sebarang mata.
TFC belasah Shan United di Myanmar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.