Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Keputusan 2-1 panel Mahkamah Rayuan membenarkan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan menjawab dan mengesahkan kewujudan titah adendum tidak mengejutkan.
Istana Pahang atas perkenan Sultan Pahang yang merupakan YDP Agong ke XVI mengeluarkan kenyataan mengesahkan kewujudan titah tersebut 2 hari sebelum mahkamah bersidang.
Keputusan majoriti 2 -1 dibuat Hakim Azhahari Kamal Ramli dan Mohd Firuz Jaffril.
Kedua-dua mereka embenarkan rayuan DS Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman.
Manakala Hakim Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.
Sehubungan itu panel memerintahkan supaya kes terbabit diremitkan ke Mahkamah Tinggi.
Supaya merit semakan kehakiman terbabit dan diputuskan.
Persoalan yang lebih besar adalah, mengapakah titah yang dikeluarkan oleh YDP Agong perlu di bawa ke mahkamah hanya untuk mengesahkan kewujudannya?
Dalam sistem Raja Berpelembagaan negara, jawatan YDP Agong bukanlah mengenai individu raja yang bertakhta.
Tetapi jawatan YDP Agong adalah satu institusi di dalam sistem Raja Berpelembagaan.
Institusi YDP Agong berada di kedudukan paling atas dalam sistem pentadbiran Raja Berpelembagaan.
Baginda Raja Melayu yang dilantik sebagai YDP Agong adalah ketua utama negara.
Mengapa Di Pertikaikan Kuasa Preragotif YDP Agong?
Sebagai Ketua Utama negara, baginda mempunyai beberapa kuasa preragotif yang tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia.
Antaranya adalah kuasa pengampunan sebagaimana yang dijamin dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Semua pihak WAJIB akur dengan segala keputusan yang baginda buat berkenaan dengan pengampunan.
Terdapat beberapa precedent di mana mahkamah sendiri menolak perbicaraan mencabar pengampunan yang diberikan oleh Raja Raja Melayu.
Berbalik kepada isu titah adendum.
Ia adalah titah atau perintah yang dikeluarkan oleh YDP Agong ke XVI.
Meragui kesahihan atau kewujudan titah tersebut merupakan penghinaan ke atas kuasa YDP Agong dan ianya adalah satu penderhakaan.
Kalau pun kerajaan meraguinya, pihak kerajaan boleh mengadap Sultan Pahang untuk pengesahan.
Alasan ianya tidak diumumkan kerana kononnya dikeluarkan tidak mengikut proses yang betul, tidak boleh diterima.
Menurut Tetuan Haniff Khatri, fungsi Lembaga Pengampunan hanyalah sebagai formaliti untuk memberi pandangan kepada YDP Agong.
Baginda tidak terikat untuk mengikuti pandangan yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan.
YDP Agong juga tidak terikat untuk memberikan pengampunan hanya dengan kehadiran panel Lembaga Pengampunan.
Tetapi malangnya, tanpa sedar, kerajaan telah mencabar kedaulatan institusi Raja Raja Melayu dengan berselindung di sebalik alasan titah tersebut tidak sah.
Apakah kerajaan mahu mengatakan Raja Raja Melayu tidak arif mengenai undang-undang?
Atau mahu mengatakan YDP Agong telah bertindak secara semberono tanpa mengikut lunas perlembagaan?
Sama ada perintah yang dikeluarkan itu memihak kepada beberapa pemimpin atau tidak, bukan isunya.
Perkara pokok adalah semua pihak WAJIB taat dengan perintah yang dikeluarkan.
Mengapakah ketika YDP Agong ke XVI mencadangkan supaya ditubuhkan kerajaan perpaduan, ahli politik boleh menerimanya?
Malah menggunakan ianya sebagai alasan untuk menubuhkan kerajaan.
Tetapi titah dari raja yang sama kali ini diingkari, malah hingga dibawa ke mahkamah!!!
Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
- Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.