PSSI lantik Kluivert sebagai ketua jurulatih baharu

PSSI lantik Kluivert sebagai ketua jurulatih baharu

PSSI lantik Kluivert sebagai ketua jurulatih baharu
KLUIVERT mengikat kontrak dua tahun dengan pilihan sambungan dua tahun dan dijangka diperkenalkan pada 12 Januari depan. FOTO FB FABRIZIO ROMANO

Kuala Lumpur: Pasukan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) benar-benar mendonia apabila dilaporkan mengikat legenda Belanda, Patrick Kluivert.

Perkara itu didedahkan wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano di laman Facebook peribadinya, sebentar tadi.

Menurutnya, Kluivert menandatangani kontrak selama dua tahun untuk membimbing skuad Garuda, sekali gus mengisi kekosongan jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong yang dipecat awal pagi tadi.

“Patrick Kluivert telah menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Indonesia, perjanjian sudah dimuktamadkan.

“[Kontrak] dua tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun lagi, sesi pengenalan akan diadakan pada 12 Januari nanti di Indonesia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


“Sasarannya adalah untuk melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia,” tulis Romano di laman sosialnya.

Untuk rekod, Kluivert pernah membimbing skuad simpanan FC Twente (Jong Twente) dan Adana Demirspor.

Pemilihan Kluivert dilihat tepat memandangkan majoriti pemain Indonesia adalah berdarah kacukan dari Belanda.

PSSI lantik Kluivert sebagai ketua jurulatih baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker