New York perkenal caj kesesakan
New York perkenal caj kesesakan
New York: New York pada Ahad memperkenalkan tol untuk kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan, menjadikannya metropolis pertama di Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan bayaran kepada pemandu di pusat bandar, lapor agensi berita Jerman dpa.
“Zon Tol Pelepasan Kesesakan kini berkuat kuasa,” menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) menerusi hantaran di X.
Bayaran tol adalah sebanyak US$9, dengan beberapa pengecualian diberikan kepada pemandu berpendapatan rendah.
Zon kesesakan itu meliputi kawasan selatan Manhattan sehingga ke 60th Street.
Langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan trafik dan pencemaran di New York, manakala hasil kutipan akan disalurkan kepada pengangkutan awam dan projek infrastruktur.
Caj kesesakan itu pada asalnya dirancang untuk diperkenalkan pada pertengahan tahun lepas dengan kadar US$15, namun ia ditangguhkan oleh Gabenor New York Kathy Hochul susulan bantahan dan tuntutan mahkamah daripada ahli politik, pemandu teksi dan penduduk.
Negeri jiran, New Jersey, turut menyuarakan kebimbangan manakala Presiden AS yang dipilih, Donald Trump turut mengkritik rancangan itu.
New York perkenal caj kesesakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
You must be logged in to post a comment.