Zii Jia tarik diri Terbuka Malaysia

Zii Jia tarik diri Terbuka Malaysia

Zii Jia tarik diri Terbuka Malaysia
ZII Jia belum pulih kecederaan buku lali kanan.

Kuala Lumpur: Bintang badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terpaksa membuat keputusan berat apabila menarik diri daripada kejohanan Terbuka Malaysia yang dijadual bermula Selasa ini.

Keputusan itu diumumkan Team LZJ sebentar tadi, memaklumkan pemain nombor enam dunia itu masih bergelut dengan kecederaan ligamen buku lali kanan dialaminya semasa aksi Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.

“Penyertaan Zii Jia di Terbuka India dan Masters Indonesia yang turut berlangsung Januari ini masih belum diputuskan, bergantung kepada tahap pemulihannya,” kata kenyataan rasmi itu.

Sebelum ini, Zii Jia mengalami kecederaan ketika perlawanan terakhir Kumpulan A di Hangzhou menentang pemain China, Li Shi Feng.

Walaupun mendahului 13-4 dalam set kedua selepas memenangi set pertama 22-20, kecederaan memaksa Zii Jia menarik diri ketika kedudukan 15-11.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan

 

Malangnya, keputusan menarik diri itu menyebabkan penyertaannya di kejohanan berkenaan dibatalkan sepenuhnya mengikut peraturan BWF.

Dengan ketiadaan Zii Jia, Leong Jun Hao kini menjadi wakil tunggal Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki di kejohanan bertaraf Super 1000 yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1.45 juta (RM6.52 juta).

Jun Hao, pemain ranking ke-29 dunia, bakal memulakan saingan pusingan pertama dengan menentang Lu Guang Zu dari China.

Keputusan itu sudah pasti mengecewakan peminat badminton tempatan yang mengharapkan persembahan terbaik Zii Jia di gelanggang sendiri, namun pemulihan sepenuhnya adalah keutamaan buat pemain itu.

Zii Jia tarik diri Terbuka Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker