Keluarga mangsa Boeing 737 MAX dapat pampasan RM118 juta
GAMBAR fail 13 Mac, 2019 menunjukkan pekerja membawa serpihan pesawat Boeing 737 MAX di lokasi nahas di rantau Oromia, Ethiopia. – AFP

NEW YORK – Panel juri di Chicago menganugerahkan ganti rugi AS$29 juta (RM118.5 juta) kepada keluarga seorang pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelahiran Ireland yang terkorban dalam nahas pesawat Boeing 737 MAX pada 2019, kata seorang jurucakap mahkamah Amerika Syarikat semalam.

Saman sivil itu dikemukakan terhadap Boeing oleh Naoise Connolly Ryan iaitu balu kepada Michael Ryan.

Mendiang adalah jurutera Program Makanan Sedunia PBB yang merupakan salah seorang mangsa nahas Ethiopian Airlines, mengorbankan kesemua 157 penumpang serta kru.

Ryan pernah berkhidmat semasa krisis Ebola di Liberia dan bersama pelarian Rohingya. Dia berusia 39 tahun ketika nahas berlaku.

Kes itu merupakan salah satu saman sivil terakhir yang masih belum selesai terhadap Boeing susulan dua nahas maut 737 MAX pada 2018 dan 2019 yang secara keseluruhannya meragut 346 nyawa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tenggara Terus Perkukuh Kerjasama


Sebahagian besar tuntutan telah diselesaikan di luar mahkamah dengan syarat yang tidak didedahkan kepada umum, namun peguam Naoise Ryan, Steven Marks menyifatkan anak guamnya sebagai ‘komited untuk menuntut kebertanggungjawaban dan keadilan daripada juri serta tidak mahu menerima wang secara terus daripada Boeing’.

Boeing telah memohon maaf atas nahas tersebut dan mengaku bahawa perisian anti-pegun yang dipasang terlibat dalam kedua-dua kemalangan.

Boeing belum memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas keputusan tersebut.

Pada Mei lalu, panel juri di Chicago menganugerahkan ganti rugi AS$49.5 juta (RM202.3 juta) kepada keluarga Samya Stumo, warganegara Amerika berusia 24 tahun yang terkorban dalam nahas sama. – AFP


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pendidikan Tahfiz, Pemasaran Pertanian Terus Diperkukuh Di Pasir Salak – Khairul Azwan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker