Slot akui tak semudah itu hantar United ke ‘pintu gua’
Slot akui tak semudah itu hantar United ke ‘pintu gua’
Liverpool: Pengurus Liverpool Arne Slot percaya Manchester United yang berdepan kemerosotan prestasi sebenarnya jauh lebih baik berbanding kedudukan terburuk mereka dalam carta Liga Perdana Inggeris ketika ini.
Kedua-dua pasukan akan bertembung di Anfield pada awal pagi Isnin dan Slot tidak merancang untuk merehatkan mana-mana pemain bagi mengukuhkan cengkaman mereka di puncak liga.
Liverpool mengumpul 45 mata dan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding pencabar lain. Mereka mendahului enam mata di depan pasukan di tangga kedua Arsenal manakala United yang tewas lima kali dalam enam perlawanan liga terakhir terperosok di tangga ke-14 dengan 22 mata.
Ketika United tidak segagah ketika era Alex Ferguson, Slot tidak berhasrat merehatkan pemain tonggaknya pada aksi di Anfield.
“Tidak, sudah tentu tidak,” kata Slot. “Bagi saya, mereka tetap skuad berbahaya. Ia mungkin mengambil masa untuk pengurus Ruben Amorim mendapatkan hasil terbaik daripada pemainnya tetapi saya percaya mereka sebenarnya lebih baik berbanding kedudukan dalam liga sekarang.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Walaupun Slot tidak menjangkakan pertahanan Joe Gomez akan kembali beraksi dalam masa terdekat selepas tercedera ketika membelasah West Ham pada Ahad, terdapat berita baik dengan kembalinya Conor Bradley dan Ibrahima Konate ketika sesi latihan.
Slot akui tak semudah itu hantar United ke ‘pintu gua’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.