Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
Pengerusi DAP pusat, Lim Guan Eng yang juga merupakan ahli parlimen Bagan membantah perhimpunan Solidariti Untuk Najib pada 6 Januari ini.
Malah beliau membidas UMNO kerana berganding bahu dengan PAS mengadakan perhimpunan solidariti untuk DS Najib.
Lim nendakwa, ia akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan UMNO menjadi rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan.
Beliau juga membidas KP UMNO, Dr Akmal, kerana mempersoalkan sama ada pengampunan diraja Anwar pada 2018 telah melalui Lembaga Pengampunan.
Beliau mwndakwa, Akmal pada dasarnya mempersoalkan kewibawaan Agong.
Ianya juga beemakna Akmal mempersoalkan keabsahan Anwar sebagai ahli parlimen dan perdana menteri.
“Sebagai ahli kerajaan perpaduan tindakan sedemikian secara terbuka berniat mencabar dan menggugat kestabilan politik.”
“Malah ia juga mencabar kedudukan perdana menteri.”
“Saya mohon agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh perdana menteri untuk membetulkan keadaan ini,” kata Lim.
Kenyataan Lim dibidas oleh KP UMNO, Dr Akmal.
Beliau memberitahu Lim bahawa perhimpunan Solidariti Untuk Najib tidak ada kena mengena dengan kerajaaan perpaduan.
Ianya adalah menyatakan sokongan kepada DS Najib yang merupakan mantan perdana menteri dan mantan presiden UMNO.
“Daya nak beritahu juga kamu siapa nak bidas UMNO?”2
“Kamu siapa nak arahkan UMNO?”
“Perhimpunan aman solidariti untuk Najib itu tidak sama dengan himpunan Bersih seperti yang pernah disertai ahli-ahli DAP.”
“Sehingga mencetuskan huru-hara termasuk kereta diterbalikkan,” tegas Lim.
Penulis cuma mahu bertanya kepadaLim Guan Eng.
Kenapa takut sangat sekiranya DS Najib dapat tahanan di rumah?
Walau pun sekiranya DS Najib dapat tahanan di rumah, beliau masih lagi menjalani hukuman penjara.
Dan selepas habis hukuman penjara, beliau masih tidak boleh aktif dalam politik selama 5 tahun.
Kalau Guan Eng dakwa beliau memegang teguh prinsip kedaulatan undang-undang, inilah masanya untuk dibuktikan.
Tapi untuk peringatan Guan Eng, rakyat masih tak lupa tentang peristiwa hari terkejut Malaysia.
Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
Di Syorkan Untuk Anda:
- Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
You must be logged in to post a comment.