Remaja lemas ketika riadah bersama keluarga di pantai

Remaja lemas ketika riadah bersama keluarga di pantai

Remaja lemas ketika riadah bersama keluarga di pantai
– Foto hiasan

KOTA KINABALU: Kegembiraan seorang remaja lelaki warga asing mandi-manda di pantai Karambunai, Jalan Sepanggar, di sini, bertukar tragedi apabila ditemui lemas, hari ini.

Mangsa, Mazlan Abdullah, 18, ditemui oleh ahli keluarganya dan dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I Ordine Gilu, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.22 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bergegas ke lokasi kejadian.

“Menurut pemanggil, terdapat seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mandi di pantai berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


“Mangsa ditemui oleh keluarganya dan dibawa ke Hospital Likas sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba hanya mengambil maklumat di lokasi kejadian dan tiada operasi dilakukan.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kemudian menghubungi hospital untuk mendapatkan kepastian status mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.37 tengah hari,” katanya.

Remaja lemas ketika riadah bersama keluarga di pantai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker