Enam pemilik pasukan Liga A1 ‘ghaib’
Enam pemilik pasukan Liga A1 ‘ghaib’
Kuala Lumpur: Misteri menyelubungi saingan Liga A1 Semi Pro apabila dikatakan sekurang-kurangnya enam pemilik pasukan hilang tanpa dijejaki termasuklah gagal dihubungi sejak beberapa bulan lalu.
Malah, kehilangan pemilik pasukan terbabit menimbulkan persoalan di kalangan pemain dan barisan kejurulatihan mengenai status mereka sehingga terpaksa mengharungi saingan liga tanpa hala tuju sejak pertengahan tahun lalu.
Lebih memburukkan keadaan, enam pasukan terbabit beraksi secara percuma tanpa dibayar gaji sekali gus memberi bayangan bahawa saingan Liga A1 bakal menemui noktah kelak.
Menurut sumber Arena Metro memaklumkan lebih menyayat hati apabila terdapat individu secara tiba-tiba ‘hilang ingatan’ seterusnya tidak mengaku beliau adalah pemilik pasukan terbabit.
“Ada pasukan ketika meraih kejayaan gemilang hingga berada di kemuncak liga, ramai yang mengaku bahawa dialah pemilik kelab itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Namun, masalah menyelubungi pasukan, semuanya lari biarkan jurulatih dan pemain terkontang kanting hingga terpaksa mengharungi liga menggunakan dana sendiri.
“Kebanyakan enam pemilik pasukan itu sememangnya tidak dapat dihubungi selain wakil mereka enggan menemui jurulatih atau pemain bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Berdasarkan kepada tinjauan Arena Metro mendapati enam pasukan Liga A1 berhadapan tunggakan gaji tiga hingga lapan bulan dengan ada antara pemain sudah cabut kerana tidak tahan lagi beraksi secara percuma.
Ketika ini antara pasukan yang dikatakan berhadapan masalah tunggakan gaji adalah membabitkan Gombak FC, Harini Selangor FT, Bukit Tambun FC, PT Athletic, KL Rovers dan terbaru PIB Shah Alam.
Sementara itu, sumber memaklumkan bahawa pemain dan jurulatih pasukan terbabit sudah membuat aduan secara rasmi kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL) untuk tindakan susulan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Mereka sudah membuat aduan sejak dua bulan lalu namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan atau penyelesaian dilakukan bagi memastikan masalah tunggakan gaji tidak berlaku.
“Jika situasi ini diteruskan, tidak mustahil enam pasukan ini tidak akan meneruskan saingan Liga A1 pada musim ini,” katanya.
Enam pemilik pasukan Liga A1 ‘ghaib’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.