Isu Najib Dan Titah Adendum

Isu Najib Dan Titah Adendum

Isu Najib Dan Titah Adendum
Isu Najib Dan Titah Adendum

Oleh: Zakaria Mohd

Setakat ini, ada suatu perkara yang tidak dipersetujui oleh kita kerana Titah Adendum yang terdahulu masih terpakai, tetapi kenapa sesetengah sarjana politik menggesa Najib supaya membuat permohonan yang baru?

Permohonan baru dikhuatiri membuang masa, kerana tidak mustahil pihak Kerajaan Madani berusaha melengahkan masa dan membuat penangguhan, sedangkan kita sebagai penyokong Najib menggesa mantan Perdana Menteri itu dibebaskan dengan segera.

Apakah keputusan pada 6 Januari 2025 bersifat positif dan memihak kepada Najib? Namun dalam masa yang sama, kita khuatir pihak yang menentang mantan Perdana Menteri itu mencampuri urusan supaya Titah Adendum itu ditangguh lagi perlaksanaannya.

Suatu amaran kepada Anwar. Melalui kerjasama PAS dan UMNO, maka akan ada satu perhimpunan. Jika Anwar tidak prihatin, maka PAS dan UMNO ada kuasa untuk mendesak supaya Najib diberi keadilan dan ditahan di rumah.

Namun tidak mustahil, jika wujud sekali lagi unsur sabotaj dan titah itu disimpan dalam peti sejuk, maka tidak ada jalan lain, melain satu laporan polis dibuat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


Walaupun ada kemungkinan tidak ada tindakan selepas laporan polis dibuat, tetapi sekurang kurangnya, majoriti rakyat tahu bahawa Kerajaan Madani seolah olah telah menderhaka terhadap titah baginda Agong.

Mengulas mengenai isu Najib dan Titah Adendum, dalam konteks ini, kita ingin mengkaji dan melihat pandangan sarjana mengenai perlembagaan.

Ada pendapat, keputusan supaya Najib memfailkan semula permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki tempoh hukumannya kepada tahanan di rumah akan menghapuskan keraguan ditimbulkan pelbagai pihak berkaitan kewujudan Titah Adendum sebelum ini.

Setuju atau tidak mengenai pendapat di atas bergantung kepada persepsi masing-masing mengikut penilaian tersendiri.

Sudah tentu wujud pro dan kontra, namun kita tidak fikir tentang soal perbandingan dari segi pendapat para sarjana kerana yang penting bagi kita, Najib mesti mendapat pembelaan yang sewajarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0


Pakar perlembagaan dari UIAM, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, keputusan permohonan baharu tersebut akan dibuat oleh Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong sekarang.

“Jika perkara ini diserah untuk diputuskan Yang di-Pertuan Agong sekarang, maka pertikaian mengenai kewujudan atau perincian Titah Adendum ini akan lebih harmonis diselesaikan kerana ia libatkan Yang di-Pertuan Agong yang lalu.

“Jadi ada ‘manisnya’ sekiranya Yang di-Pertuan Agong yang baharu putuskan kerana keputusan untuk legakan hukuman ini sendiri adalah ‘mercy’ atau belas kasihan.

“Oleh itu dari sudut kesopanan dan adab, biarlah keputusan ini diberikan dalam keadaan sempurna, tiada pertikaian, serta tiada mana-mana pihak dipandang serong atau perkara ini terus dipolemikkan,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi pengampunan, menunda dan melegakan hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?


Justeru, mana-mana pihak termasuk Najib perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi menyarankan supaya Najib menarik balik rayuannya di mahkamah mengenai kewujudan Titah Adendum dan segera mengemukakan permohonan baharu kepada Sultan Ibrahim.

“Bagi saya selari dengan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara ada baiknya isu Titah Adendum ini dinoktahkan secara bijaksana kerana tidak manis nama Yang di-Pertuan Agong yang lalu dipolemikkan.

“Bila Pejabat Peguam Negara sudah nyatakan permohonan baharu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, ada baiknya syor itu disambut melalui proses yang sedemikian. Yang penting masih ada peluang untuk diberikan pertimbangan,” ujarnya.

Katanya, permohonan itu akan dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan dan Peguam Negara perlu menyediakan pandangan undang-undang dan lain-lain aspek terhadap isu berbangkit kepada Ahli Lembaga Pengampunan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Lepas meneliti pandangan Peguam Negara berkenaan barulah mereka menyembahkan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan,” kata beliau.

Pendapat ini amat wajar dan dipersetujui, tetapi kita khuatir Kerajaan Madani bertindak bercanggah dengan keputusan dan memberi pelbagai alasan supaya Najib terus terpenjara di Kajang – Zakaria Mohd.

Isu Najib Dan Titah Adendum

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker