Aset RM20,000 syarikat katering disita gagal lunas tunggakan Perkeso
Oleh – Syeikh Baran
Sebuah syarikat pembekal katering makanan dan minuman menjadi majikan pertama hari ini disita selepas gagal melunaskan tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak tahun lalu.
Pada proses bermula pukul 10.30 pagi tersebut berjaya menyita pelbagai aset milik syarikat SD Impex Sdn. Bhd dianggarkan RM20, 000.
Pengarah Perkeso Selangor, Ismail Abi Hashim berkata, ini dibuat setelah pihaknya menerima Writ Penyitaan dan Penjualan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam.
Katanya, berasaskan kronologi didapati syarikat tersebut telah didenda RM4, 000 pada 9 Mac lalu mengikut Seksyen 6(1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Majikan itu juga telah dibenarkan menyelesaikan bayaran tunggakan caruman Perkeso berjumlah RM19,765.20 bermula 25 Mac tahun lalu sebanyak 6 kali ansuran.
“Perkeso telah memohon perintah melevi iaitu Writ Penyitaan dan Penjualan selepas majikan gagal menjelaskan tunggakan itu.
“Penyitaan dibuat hari ini dianggarkan kira-kira RM 20,000 dengan pihak majikan diberikan tempoh hari bermula hari ini untuk menyelesaikan tunggakan caruman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, tempoh itu diberikan sebelum tarikh lelongan yang akan dijalankan pada 13 Januari depan.
Tegas Ismail, kes penyitaan ini adalah yang pertama kali dilakukan Perkeso terhadap majikan yang masih ingkar dan gagal menjelaskan tunggakan caruman walaupun telah melalui proses pendakwaan.
Sumber – KOSMO! ONLINE
You must be logged in to post a comment.