Penang FC tepati ramalan
Penang FC tepati ramalan
Georgetown: Penang FC sah menentang Selangor FC pada aksi separuh akhir Piala Cabaran yang dijadual berlangsung pada Januari depan.
Skuad Harimau Kumbang yang turun dengan bekalan empat gol mudah menewaskan PT Athletic FC 2-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Bandaraya dan mara dengan agregat 6-0, sebentar tadi.
Kapten pasukan, Rafael Vitor meletakkan Penang di hadapan hasil sepakan penalti pada minit ke-38 selepas terjahan keras Abdul Latiff Suhaimi ke atas Dylan Wenzel-Halls.
PT Athletic terus dirundung malang apabila pengadil, Fitri Maskon sekali lagi menghadiahkan penalti kepada Penang selepas Wenzel-Halls dikasari kali kedua dan Vitor sekali lagi menjadi wira pasukan pada penghujung separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, PT Athletic cuba bangkit namun semua percubaan tidak berhasil, menyaksikan anak buah Nazrulerwan Makmor terkandas dengan defisit besar pada penyertaan pertama dalam saingan Piala Cabaran musim ini.
Sebagai rekod, aksi suku akhir pertama Piala Cabaran antara kedua-dua pasukan turut berlangsung di Stadium Bandaraya pada 10 Disember lalu.
Penang FC tepati ramalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.