7 maut, 33 cedera dalam kemalangan di KM 204 Lebuhraya Plus arah Utara

7 maut, 33 cedera dalam kemalangan di KM 204 Lebuhraya Plus arah Utara

7 maut, 33 cedera dalam kemalangan di KM 204 Lebuhraya Plus arah Utara
TUJUH maut dalam kemalangan di Km 204 Lebuhraya Plus arah Utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam tadi. FOTO Ihsan IPD Alor Gajah

Alor Gajah: Tujuh maut termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kemalangan 8.40 malam itu membabitkan sebuah bas ekspres, lori foton, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah lori dan bas masing-masing dipandu lelaki berusia 31 dan 56 tahun dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori berkenaan tercabut dan berada di bahagian tengah lebuh raya.

“Kemalangan berlaku apabila bas yang tiba di tempat kejadian terlanggar tayar itu dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Semasa terbabas ke lorong bertentangan, bas berlanggar dengan Perodua Bezza hingga kereta itu terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan.

“Bas itu kemudian bertembung pula dengan sebuah treler dan Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga,” katanya dalam kenyataan.

Ashari berkata, akibat kemalangan itu, pemandu bas dan seorang penumpang , serta pemandu dan empat penumpang Toyota Estima maut di tempat kejadian.

Katanya, mayat semua mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Semua kenderaan yang terbabit ditahan untuk dibawa ke Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) bagi pemeriksaan kenderaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ashari berkata, setakat ini, lima mangsa maut yang sudah dikenal pasti adalah pemandu bas, Noorisnien Khamid, 56, dari Skudai, Johor; pemandu Estima, Khairul Ikhwan Mazupi, isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; bapa mentua, Ramli Ab Wahab, 66, dan anak bongsunya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.

Katanya, seorang penumpang bas dan dua penumpang Estima yang maut masih belum dikenal pasti identiti.

Dua lagi penumpang Estima, iaitu Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan dan adiknya, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan berusia tujuh dan empat tahun cedera dan masing-masing dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka.

7 maut, 33 cedera dalam kemalangan di KM 204 Lebuhraya Plus arah Utara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker