Perdana Menteri Kanada rombak Kabinet

Perdana Menteri Kanada rombak Kabinet

Perdana Menteri Kanada rombak Kabinet
JUSTIN Trudeau meninggalkan Parliament Hill selepas mesyuarat Kabinet di Otawa, Kanada. FOTO AFP

Ottawa: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Jumaat mengumumkan rombakan Kabinetnya, lapor Xinhua.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri, lapan menteri baharu telah dilantik manakala portfolio empat menteri sedia ada diubah.

Rombakan ini dilakukan beberapa hari selepas bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, Chrystia Freeland, meletakkan jawatan.

Sejak Julai lalu, sembilan menteri mengumumkan peletakan jawatan atau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya persekutuan yang akan datang.

Pasukan baharu ini juga akan terus memberi tumpuan mengenai isu perumahan, penjagaan kanak-kanak, dan program makanan sekolah sambil berusaha menambah pendapatan rakyat, kata perdana menteri.

Ketua Parti Demokratik Baharu Jagmeet Singh pada Jumaat menyiarkan surat terbuka kepada rakyat Kanada di media sosial, mengumumkan bahawa partinya akan mengemukakan usul tidak percaya untuk menggulingkan kerajaan Trudeau pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 27 Januari.

Perdana Menteri Kanada rombak Kabinet

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker