Suasana pilu iringi pengebumian Nurul Asikin
Suasana pilu iringi pengebumian Nurul Asikin
KUCHING: Suasana sedih dan pilu menyelubungi pengebumian wanita mangsa bunuh, Allahyarhamah Nurul Asikin Lan di Tanah Perkuburan Islam, Samariang, dekat Petra Jaya, di sini, hari ini.
Mayat mangsa, 26, yang ditemui dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, di sini, Ahad lalu selamat dikebumi jam 1.10 tengah hari.
Dianggarkan kira-kira 500 saudara-mara dan rakan hadir di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir.
Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah yang tiba di Kompleks Raudhatul Sakinah, Tanah Perkuburan Islam Samariang jam 12.30 tengah hari disolatkan di surau kompleks sehenti itu sebelum solat Zohor.
Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan identiti mayat reput yang ditemui Ahad lalu itu sebagai Asikin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Mancha berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) petang semalam.
Lelaki berusia 20-an yang juga suspek utama pembunuhan Nurul Asikin mengaku melakukan pembunuhan itu dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai bagi menampung perbelanjaannya ke Kemboja bagi menyaksikan perlawanan pasukan bola sepak antara Malaysia dan Kemboja.
Sementara itu, tempoh reman suspek utama pembunuhan Nurul Asikin akan tamat 22 Disember ini.
Lelaki itu ditahan 14 Disember lalu sebelum membawa polis ke tempat dia membuang mayat mangsa berdekatan tempat pembuangan sampah di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya.
Suasana pilu iringi pengebumian Nurul Asikin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.